Assalamualaikum
Hari ini telah berlangsung pembukaan perlawanan futsal bagi tahun 2009. Walaupun dalam keadaan hujan renyai selepas lebat, pemain-pemain hebat dunia telah pun turun. Salah seorang pemain muda Malaysia iaitu En Azarul telah hadir dengan jersi Malaysia dan telah menunjukkan aksi-aksi yang agak hebat dalam mengelirukan pihak lawan.
Begitu juga dengan kehebatan Pengerusi persatuan penduduk kita, Mejar (B) Razali yang seringkali menjerit kearah pasukan agar bermain dalam keadaan bersistematik. Begitupun perlawanan petang tadi dicemari dengan insiden menendang bola dan tak masuk walaupun didepan gol.
Dalam pada itu kehadiran pemain-pemain kita pada hari ini agak tidak menggalakkan. Menurut Presiden Bolasepak kita En Jalil, mungkin ini adalah kerana hujan lebat yang turun sebelum itu. Prestasi presiden bolasepak kita juga agak merundum hari ini. Katanya ianya disebabkan beliau baru sahaja pulang dari menjalani latihan di Port Dickson, kampung kelahirannya. Sesiapa yang menunjukkan prestasi yang baik mungkin berpeluang bermain di Stadium milik beliau di Bukit Jalil.

Kita masih lagi menunggu saudara Sidi yang baru pulang dari Scotland untuk menunjukkan skill-skill baru yang dipelajarinya sewaktu berlatih dengan Queen Park Rangers dan Celtic selama 2 bulan setengah. Berulangkali beliau menyatakan "kenapa tak ajak aku". Mungkin perkara ini perlu dirujuk kepada kesatuan sukan bukit mahkota.
Perlawanan seterusnya bakal berlangsung hari ahad ini bersamaan 4 hb 1, 2009. Para pemain yang ingin menghadiri perlawanan ini diminta menghubungi tuan Jalil di talian 0192927819 bagi memudahkan kerja-kerja tempahan gelanggang. Pemain-pemain juga diingatkan membawa wang Rm 5.00 (lebih pun takpe) dan memakai pakaian yang bersesuaian.

No comments:
Post a Comment