




Semalam bersamaan 4.1.2009 telah berlangsung perlawanan pemanas badan bagi seksyen 6 bukit mahkota. Cuaca yang agak baik ditambah dengan angin sepoi-sepoi bahasa menyebabkan ramai pemain-pemain professional bukit mahkota turun bermain dengan penuh semangat. Dengan turunnya pemain yang begitu ramai menyebabkan Presiden bolasepak kita pening kepala menyelesaikan masalah kekurangan masa, tempat untuk bermain dan juga masalah gaji pemain yang kian tertunggak.
Semalam juga mencatat sejarah apabila pemain MU yang ditaja oleh bukit mahkota pergi berlatih di Scotland selama 2 bulan setengah yang lalu iaitu Sidi, telah menghadirkan diri bermain buat pertama kalinya. Beliau tidak turun selama ini kerana masalah kecergasan. Katanya ketika di Scotland cuaca terlalu sejuk dan beliau mengambil keputusan untuk ponteng latihan bola sewaktu disana. Dengan erti kata lain, dia pergi berskill Malaysia, balik pun masih berskill Malaysia. Buat abih boreh yo.
Dengan kemeriahan ramai pemain-pemain lama dan baru, maka berkemungkinan kita mungkin akan mengadakan perlawanan pertandingan Championship Futsal sekali lagi seperti tahun lalu. Untuk Rekod, Pasukan Hebat group moderator yang diketuai Mejar Razali telah berjaya menjadi johan setalah menggabungkan taktik Arsenal dan Liverpool. Bagi tahun ini sudah pastinya sangat meriah memandang moderator mendapat tahu begitu ramai pemain-pemain export akan pulang tak lama lagi.
Syabazzz!!!
No comments:
Post a Comment