SYABAS!!
Malaysia kalah lagi. Seperti cerita lama. Malaysia 0 UAE 5....EMMM!! Kalau tambah lagi 5 dan jadikanlah 10 - 0 barulah lebih baik. Inilah standard bolasepak tempatan.
Aku ingat kalau hari-hari kita buat benda yang sama mesti kita dah taraf professional. Yelah, seorang mekanik kereta kalau dah hari-hari pegang kereta dah tentu jadi expert. Dengar bunyi je dah tau rosak kat mana.
Samalah macam tukang buat roti canai (yang Khairul suka makan tu). Hari-hari buat roti canai dah tentu terer buat. Cium bau pun dah tau apa yang kurang.
Tapi tang pemain bolasepak kita ni. Hari-hari main bola tapi bila lawan team luar, semua macam budak sekolah je levelnya. Penyokong kita pula pergile menyokong bermati-matian. Ye le. Hujan ke kabus ke, gerimis ke penyokong Malaysia akan pegi le ke stadium. Ada yang tak sempat makan malam lagi terus ke stadium. Yang lebih malang ada yang tak sempat sembahyang maghrib dah terpacak kat stadium. Lebih malang lagi bila kalah, disebabkan tension sangat balik terus tidur tak sembahyang Isyak.
Persoalan yang selalu timbul....SALAH SIAPA MALAYSIA DIBELASAH TERUK?? Untuk pemain Malaysia, tahniah kerana dah berjaya mencemarkan imej negara. Teruskan mengalahkan diri sendiri. Aku nasihatkan yang mana rasa dah hebat main kat Malaysia ni mintaklah gaji RM 100 ribu seminggu. Barulah setaraf dengan Ronaldo yang dibayar dalam Pound.
Akhir kata Selamat Dibelasah Lagi Pada Perlawanan-Perlawanan Akan Datang!!!
ADIOS
Wednesday, January 21, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment