Assalamualaikum
Semalam berlangsungnya acara futsal yang "cuaca"nya tak menentu. Kali ini kedatangan pemain-pemain import dan tempatan agak berkurangan. Pemain Ij tihad iaitu Chef beraksi begitu hambar dan seringkali melepaskan peluang untuk menjaringkan gol walaupun beliau sering duduk di tepi tiang gol lawan.
Begitu juga pemain pelatih dari Celtic iaitu saudara Sidi, yang memakai baju M.U cuba melakukan larian solo dan terjahan keras ke atas Moderator. Begitupun beliau tidak dapat menjaringkan gol melebihi 10 gol.
Mungkin kerana cuaca yang agak kering ataupun pemain-pemain agak keletihan (maklumlah semuanya dah senior), maka persembahan agak hambar.
Apapun tahniah kepada penganjur dan rakan-rakan yang membantu menjayakan Futsal semalam. Diharap semuanya akan kembali turun menyertai futsal kita. Ayuh sihatkan badan dengan ke Futsal.
BOYCOTT ISRAEL PRODUCT!!
Tuesday, January 27, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment