Di tulis oleh MAT BOLA MAHKOTA (emel dar pembaca yang dihantar ke Mec10_centre@yahoo.com)
Apalah nak jadi dengan skuad Malaysia. Tak sudah-sudah di timpa "Bencana Bolasepak". UAE sebuah pasukan yang rankingnya jauh dari Korea dan Jepun boleh membelasah kita sampai 5 - 0. Entah apa pula alasan kali ini. Jurulatih Malaysia sebelum ini bukan main mempertahankan pemain-pemainnya. Tetapi bila kalah mulalah mempersoalkan tahap mutu bolasepak malaysia bukanlah bolasepak yang sebenar.
Habis kalau bukan mutu bolasepak sebenar, ianya mungkin mutu "Kekampungan". Tukarlah jurulatih yang ada walau seribu kali, Malaysia tetap main macam budak kampung. Kalau kalah 1-0, 2-0 atau 3-0 mungkinlah boleh kita terima. INI tidak, kekalahan sampai 5-0 sangat memalukan. Mak kata Malaysia ni tak cukup padang latihan dan sebagainya nampak sangat tak logik.
Bagi saya, Malaysia kalah bukan sebab jurulatih tetapi sebab pemain yang manja dan berlagak. Baru main kebangsaan, sudah perangkan rambut. Ada pula yang tak berdisiplin. Main macam budak-budak gaya sudah mengalahkan pemain dunia yang hebat.
Saya merasa sangat kecewa. Rombaklah pasukan yang ada. Bawaklah budak-budak yang berumur 18 tahun. Kalau kalah pun takpe sebab diorang masih muda. Buang sahaja muka-muka senior. Buat sakit hati sahaja.
Friday, January 23, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment