NUR HIDAYAH AKMAL

NUR HIDAYAH AKMAL
SEBELUM TENGOK BLOG NI NAK TANYA "DAH SEMAYANG KE BELUM"!? JOM KITA SEMAYANG DULUUU!!

BOYCOT ISRAEL PRODUCT

BOYCOT ISRAEL PRODUCT
ISRAEL IS ALWAYS AN EVIL AND ENEMY TO THE MUSLIM WORLD. START YOUR BOYCOT TODAY!!

ISRAEL PRODUCT

ISRAEL PRODUCT
PLEASE REMEMBER BY YOUR HEART. BOYCOT AS MANY AS YOU CAN. NOW AND FOREVER. DON'T GIVE MONEY TO THEM TO KILL MUSLIM.

MESSAGE FROM MODERATOR FOOTBALLBOLA FOR CLUBS AND FANS

TODAY, OUR BROTHERS, SISTERS AND OUR RELATIVES BEEN KILLED EVERYDAY IN PALESTINE. THERE ARE THOUSANDS OF INNOCENT PEOPLE, WHICH AMONG THEM WAS BABY, CHILDREN, WOMAN BEEN RAPED AND KILLED!!

WE, AS A MALAYSIAN FANS FOR EUROPE CLUBS (ARSENAL, MANCHESTER UNITED, LIVERPOOL, CHELSEA AND OTHERS) ARE STANDING UNITY AND URGING FOR ALL CLUBS NOT TO MAKE ANY RELATION WITH ISRAEL!!

WE WILL ALWAYS WATCH YOUR TEAM AND WE WILL BOYCOT YOU IF WE FOUND YOU ARE SUPPORTING ISRAEL. WE HOPE ALL MUSLIMS AROUND THE WORLD WILL DO THE SAME AS WHAT WE DID!!

WE LOVE OUR TEAMS AND CLUBS BUT WE LOVE ISLAM AND ALLAH MORE THAN THE OTHERS!!!


DERMALAH RM 1 ATAU LEBIH KE TABUNG PALESTIN.

ZAHIRUDIN SALEHUDDIN

ZAHIR THE GUNNERS

ZAHIR THE GUNNERS
PENYOKONG SETIA GUNNERS (WE WILL GUN DOWN EM ALL)

Khairul The RED DEVILS

Khairul The RED DEVILS
KETUA ANGKATAN M.U: PESANAN UNTUK PENYOKONG M.U : ' GLORY M.U, JOM LEPAK MAMAK TENGOK BOLA'!! KALAU M.U KALAH SAPA TUMPANG KETA AKU BALIK JALAN KAKI'!!

AMREY THE REDS (GAMBAR TANPA IKLAN ARAK)

AMREY THE REDS (GAMBAR TANPA IKLAN ARAK)
KETUA PENYOKONG LIVERPOOL: PESANAN ISTIMEWA AMREY BUAT PARA PENYOKONG LIVERPOOL "DON'T DRINK AND DRIVE".

Presiden Bolasepak Bukit Mahkota Tuan Jalil

Presiden Bolasepak Bukit Mahkota Tuan Jalil
Dengan ini saya merasmikan laman Blog Bukit Mahkota. Besarlah harapan saya untuk melihat kemajuan pembangunan bolasepak Bukit Mahkota dan seterusnya ke peringkat negara dan antarabangsa. (Ini semua ucapan moderator bagi pihak Presiden)

LATEST EPL RESULT

31.1.2008

Manchester United 1 - Everton 0

Arsenal 0 - West Ham 0

Liverpool 2 - Chelsea 0







Sunday, June 21, 2009

PENAJA rasmi blog ini




MCL musim ini sangat hebat!!

Kata-kata aluan Moderator

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Berkahirnya sekali lagi MCL musim ini. Setelah berlatih pada setiap minggu akhirnya peluang semua pemain seksyen 6 menunjukkan skill yang membara dapat juga di keluarkan pada hari tersebut. Syabas kepada semua yang telah terlibat. Acara futsal sebenarnya telah menjadi satu acara yang dapat merapatkan komuniti di seksyen 6 ini dengan cukup berkesan sekali. Disini kita bukan sahaja dapat berkenalan dengan jiran-jiran yang baru malah dapat pula membincangkan segala isu yang berkaitan dengan kepentingan penduduk. Malahan kebanyakan yang menyertai futsal ini amat rapat dan dapat mengenali hati budi antara mereka.

Disini jugalah lahirnya pelbagai jaringan termasuklah jaringan perniagaan. Ini menunjukkan futsal seksyen 6 bukan sahaja dapat membentuk kehidupan yang sihat namun dapat pula membentuk jaringan kehidupan yang mengambil berat antara satu dengan yang lain.

Sebagai moderator blog bola penduduk seksyen 6 ini saya menyeru rakan-rakan yang lain menyertai futsal kita. Saya juga mengharapkan agar diwar-warkan program futsal ini ke seluruh pelusuk penduduk warga seksyen 6.

Akhir kata saya juga menyeru agar kaum hawa boleh datang memberikan sokongan kepada suami masing-masing. Bagi yang masih bujang pun boleh datang memandangkan lelaki bujang pun masih ramai lagi. Tak kisahlah apapun status anda kami mengalu-alukannya.

Terima kasih
Moderator
Zahir







Pemain-pemain baru sahaja sampai.

Keihatan Amrey dan Azarul cuba mencari ruang publisiti apabila berdiri di depan kamera.

Chef Azmir dan Marzuki bergambar kenang-kenangan. Mereka juga merupakan agen air ECPI dengan harga hanya RM 6.50 berbanding RM 8.10 dipasaran biasa. Free delivery bagi bukit mahkota sahaja. Harga RM 6.50 hanya bagi kawasan bukit mahkota, bandara baru bangi, bangi, nilai dan yang berhampiran sahaja. Boleh call 0133407323. Promote jangan tak promote.

Pasukan kuning atau pun pasukan harimau muda telah hadir bersama 12 pemain walaupun pada asalnya hanya 9 pemain dibenarkan. Memandangkan tiada bantahan dan permainan ini hanyalah untuk kita berseronok dan merapatkan ukhwah maka kuning dibenarkan bermain dengan pemain yang lebih dari yang lain.

Ucapan dasar dan Perasmian acara MCL oleh Pengerusi Penduduk iaitu Tuan Mejar Razali. Sudah 2 musim berturut-turut pasukan beliau menjadi johan dan beliau mengharapkan agar ada pasukan yang mampu mengalahkan pasukannya bagi memberi sedikit motivasi kepada yang lain. Beliau juga mengalu-alukan muka-muka baru yang hadir bagi memberi sokongan dalam acara ini.

Kelihatan 2 pasukan yang digeruni dan tak digeruni sedang bergaya pose istimewa. Pasukan hitam dengan slogan BUBAR DUN dilihat bukanlah favourite, tetapi saudara Midon kita awal-awal lagi sudah tersenyum confident untuk menang besar. Berbeza dengan pasukan Merah yang disifatkan antara pasukan terkuat pada musim kali ini yang dilihat low profile dan bersahaja.

Pasukan kuning dan merah adalah pasukan yang dijangka menang mudah bagi setiap perlawanan kelihatan sedang mendengar tazkirah dari saudara Marzuki.

Pasukan Hijau atau Barcelona merupakan pasukan tajaan Halal Mart. Dengan pemain-pemain muda dan berkaliber pasukan ini dikatakan antara pasukan paling berpotensi menduduki tempat ke 3. Halal Mart merupakan kedai kepunyaan tuan Jalil yang menawarkan makanan halal yang di buat oleh bumiputera khususnya. Pelbagai pilihan yang hebat. Sila hubungi En Jalil di talian 019-2927819.

Pasukan putih adalah pecahan pasukan Arsenal(Hitam). Team pasukan puteh ini adalah milik Tuan Arif (cluster). Team ini merupakan team yang "UNKNOWN ABILITIES". Tiada sesiapa pun mengetahui kekuatan mereka. Mereka ini diibaratkan senjata torpedo yang disimpan rapi di dasar laut!!

AZARUL merupakan kapten pasukan kuning dilihat tersenyum sinis mendengar ucapan en Jamil selaku pembuat undang-undang futsal MCL kita.

En Sidi dilihat mendabik dada dan berazam untuk menjadi pemain paling cemerlang pagi itu.

Azarin (pemain berbaju putih) telah dibeli disaat-disaat akhir oleh aku (selaku kapten team hitam).

Pemain-pemain membuat stretching di tengah court dengan diketuai oleh saudara Jamil. Saudara jamil merupakan agen kereta yang bertauliah. Bagi sesiapa yang mahu meng oder kereta baru boleh call 019-6558840

Majlis penyampaian hadiah pun bermula.

TEMPAT KE 5 JATUH KEPADA TEAM JALIL YAKNI HIJAU. HADIAH ADALAH TAJAAN YANG DIBELI DARI HALAL MART KITA.

NAMPAK HAMPA JUGA SIDI KITA. TAKPE YANG PENTING PAKAI SELUAR MU.

TEMPAT KEEMPAT JATUH KEPADA TEAM UNKNOWN ABILITIES. EEEHHHH!! APSAL MIDON MASUK SEKALI NI!!!??? KO KAN TEAM AKU!!!


TEMPAT KETIGA JATUH KEPADA TEAM MEJAR. CUKUPLAH TU MEJAR. BAGI LE PULAK KAT TEAM LAIN.








TEMPAT KE 2 JATUH KEPADA TEAM AZARUL. SAUDARA AMREY DIKHABARKAN BEGITU CONFIDENT UNTUK MENANG PERLAWANAN INI TELAH KALAH TERUK DENGAN TEAM HITAM (PERAK BANGKIT). DENGAN JARINGAN 4-1 DAN 3-0 DI FINAL SUDAH CUKUP MERANAPKAN IMPIAN BESAR TEAM HARIMAU MUDA INI MENCETUS KEJAYAAN PERTAMA MEREKA.






NASRIN DILIHAT SUDAH PUN MENUKAR BAJU KUNINGNYA!! TAKPE TAHUN DEPAN ADA LAGI.

DAN JUARA FUTSAL MCL KALI INI JATUH KEPADA TEAM HITAM (PERAK BANGKIT) ATAU NAMA INTERNATIONAL MEREKA ARSENAL!!! MEREKA MENCATATKAN REKOD HAMPIR BERSIH. SETELAH HAMPIR DIKEJUTKAN DENGAN TEAM "UNKNOWN ABILITIES" DI SEPARUH MASA PERTAMA DI PERLAWANAN PERTAMA, ARSENAL TELAH BANGKIT DI SEPARUH MASA KEDUA DENGAN JARINGAN PEMULAAN OLEH MARZUKI (HOT STRIKER). DENGAN BAKI PERLAWANAN TINGGAL BEBERAPA MINIT STRATEGI YANG TELAH DIATUR MENJADI. HASILNYA CHEF AZMIR BERJAYA MENJARINGKAN 2 GOL EMAS DISAAT AKHIR. STRATEGI ARSENAL SEMAKIN BERJAYA APABILA KETUAN PASUKAN YAKNI ZAHIR MASUK DI SAAT PASUKAN PUTIH SUDAH KEHILANGAN ARAH.

INILAH TAKTIK YANG TELAH BERJAYA MENJULANG PASUKAN ARSENAL PADA TAHUN INI.

WALAUPUN ARSENAL KEKURANGAN SEORANG PEMAIN IAITU SHAM CHARGEMAN YANG SAMPAI SETELAH ARSENAL MENANG 2 GAME, NAMUN KEHEBATAN PEMAIN-PEMAIN ARSENAL TIDAK DAPAT DINAFIKAN. AKHIRNYA GABUNGAN PEMBELIAN PEMAIN BARU DAN LAMA, TUA DAN MUDA TELAH BERJAYA MENCORAKKAN KEMENANGAN YANG BERGANDA. KEMASUKAN JARIR DI BAHAGIAN BAWAH TELAH BANYAK MEMBANTU MEMBENTUK PERTAHANAN YANG MANTAP APATAH LAGI DENGAN DIKETUAI OLEH JAMIL YANG DILIHAT ANTARA CALON PEMAIN TERBAIK MUSIM INI. BEGITU JUGA DENGAN KEHEBATAN GOAL KEEPER IAITU SAUDARA SUHAIMI YANG TELAH MENYELAMATKAN BEGITU BANYAK PERCUBAAN YANG HEBAT DAN DERAS.


ANUGERAH PEMAIN TERBAIK JATUH KEPADA SAUDARA AZARIN YANG DILIHAT BEGITU AGRESIF DAN LAJU. KEMASUKANNYA BERSAMA CHEF TELAG MENGKUCAR KACIRKAN PERTAHANAN LAWAN. UNTUK ANUGERAH INI TERDAPAT BEBERAPA CALON YANG TELAH DICALONKAN SEPERTI CHEF AZMIR, AZARUL, JAMIL, HJ ZAMRY, DAN ZAHIR(AKU CALONKAN DIRI SENDIRI HEHEHE).


GAMBAR KENANG-KENANGAN SEMUA YANG TERLIBAT. SEMOGA GAMBAR INI AKAN MENJADI SATU KENANGAN ABADI SUATU MASA NANTI. ANDAI KATA KALAU KITA PANJANG UMUR ATAU MASIH BERADA DI SINI LAGI MAKA INSYAALLAH KITA AKAN BERTEMU LAGI TAHUN HADAPAN.










RAHSIA KEJAYAAN PASUKAN ARSENAL ANTARANYA IALAH SEBELUM GAME AKU SURUH ANAK AKU UMUR SATU TAHUN SETENGAH BUAT SEMBAHYANG HAJAT DAN BACA APA YANG PATUT BAGI MENDOAKAN ABINYA AGAR MENANG MUDAH KEJOHANAN KALI INI!! HEHEHEHE