NUR HIDAYAH AKMAL

NUR HIDAYAH AKMAL
SEBELUM TENGOK BLOG NI NAK TANYA "DAH SEMAYANG KE BELUM"!? JOM KITA SEMAYANG DULUUU!!

BOYCOT ISRAEL PRODUCT

BOYCOT ISRAEL PRODUCT
ISRAEL IS ALWAYS AN EVIL AND ENEMY TO THE MUSLIM WORLD. START YOUR BOYCOT TODAY!!

ISRAEL PRODUCT

ISRAEL PRODUCT
PLEASE REMEMBER BY YOUR HEART. BOYCOT AS MANY AS YOU CAN. NOW AND FOREVER. DON'T GIVE MONEY TO THEM TO KILL MUSLIM.

MESSAGE FROM MODERATOR FOOTBALLBOLA FOR CLUBS AND FANS

TODAY, OUR BROTHERS, SISTERS AND OUR RELATIVES BEEN KILLED EVERYDAY IN PALESTINE. THERE ARE THOUSANDS OF INNOCENT PEOPLE, WHICH AMONG THEM WAS BABY, CHILDREN, WOMAN BEEN RAPED AND KILLED!!

WE, AS A MALAYSIAN FANS FOR EUROPE CLUBS (ARSENAL, MANCHESTER UNITED, LIVERPOOL, CHELSEA AND OTHERS) ARE STANDING UNITY AND URGING FOR ALL CLUBS NOT TO MAKE ANY RELATION WITH ISRAEL!!

WE WILL ALWAYS WATCH YOUR TEAM AND WE WILL BOYCOT YOU IF WE FOUND YOU ARE SUPPORTING ISRAEL. WE HOPE ALL MUSLIMS AROUND THE WORLD WILL DO THE SAME AS WHAT WE DID!!

WE LOVE OUR TEAMS AND CLUBS BUT WE LOVE ISLAM AND ALLAH MORE THAN THE OTHERS!!!


DERMALAH RM 1 ATAU LEBIH KE TABUNG PALESTIN.

ZAHIRUDIN SALEHUDDIN

ZAHIR THE GUNNERS

ZAHIR THE GUNNERS
PENYOKONG SETIA GUNNERS (WE WILL GUN DOWN EM ALL)

Khairul The RED DEVILS

Khairul The RED DEVILS
KETUA ANGKATAN M.U: PESANAN UNTUK PENYOKONG M.U : ' GLORY M.U, JOM LEPAK MAMAK TENGOK BOLA'!! KALAU M.U KALAH SAPA TUMPANG KETA AKU BALIK JALAN KAKI'!!

AMREY THE REDS (GAMBAR TANPA IKLAN ARAK)

AMREY THE REDS (GAMBAR TANPA IKLAN ARAK)
KETUA PENYOKONG LIVERPOOL: PESANAN ISTIMEWA AMREY BUAT PARA PENYOKONG LIVERPOOL "DON'T DRINK AND DRIVE".

Presiden Bolasepak Bukit Mahkota Tuan Jalil

Presiden Bolasepak Bukit Mahkota Tuan Jalil
Dengan ini saya merasmikan laman Blog Bukit Mahkota. Besarlah harapan saya untuk melihat kemajuan pembangunan bolasepak Bukit Mahkota dan seterusnya ke peringkat negara dan antarabangsa. (Ini semua ucapan moderator bagi pihak Presiden)

LATEST EPL RESULT

31.1.2008

Manchester United 1 - Everton 0

Arsenal 0 - West Ham 0

Liverpool 2 - Chelsea 0







Tuesday, December 30, 2008

Bola sepak Malaysia- kemanakah arahnya?

Malaysia satu ketika dahulu merupakan satu pasukan yang cukup digeruni bukan sahaja di Asia Tenggara malahan di benua Asia. Era 60an, 70an dan 80an merupakan detik-detik gemilang Malaysia dalam dunia bolasepak.

Malah terdapat pemain-pemain kita bertaraf antarabangsa seperti Mokhtar Dahari, Soh Chin Aun, Azizol Abu Hanifah, Ghani Minhat, Arumugam(spiderman) dan lain-lain. Malaysia yang dahulu amatlah berbeza dengan Malaysia hari ini. Kalau melihat pemain-pemain Malaysia dahulu, majoritinya bersaiz tinggi dan tegap. Kepantasan dan skill mereka juga tinggi. Manakala ketika ini pemain Malaysia ramai yang rendah, kurus melayang dan kalau di tackle pasti tergolek-golek. Dimanakah maruah pasukan bolasepak kita sekarang?

Kita sedih melihat penyokong negeri seperti Kedah, Selangor dan Perak yang begitu beria-ia datang ke stadium dan memberikan sokongan kepada pasukan masing-masing. Kedah yang menang treble di persada liga Malaysia, dibelasah teruk ketika menentang kelab luar negara ketika kejohanan AFC. Adakah budak-budak Malaysia ini kurang pengalaman dan pendedahan?

Saya teringat seorang pemain Import Perak iaitu Lazlo Repasi dari Hungary. Dia datang bermain di Perak untuk menghabiskan sisa-sisa karier bolasepaknya di Malaysia. Namun pada musim pertama beliau menjadi penjaring terbanyak di Malaysia. Dia juga digelar Mesin Gol oleh majalah-majalah sukan. Apabila beliau berkata beliau tidak menyangka tujuannya untuk menghabiskan kariernya bertukar menjadi hebat. Apabila ditanya apakah rahsianya beliau mempunyai kemahiran menjaringkan gol dengan hebat dan tepat, jawapannya latihan. Beliau memberitahu setiap kali lepas latihan beliau akan meneruskan latihan bersendirian menendang ke arah gol yang kosong. Katanya beliau berbuat begitu setiap hari agar dapat mewakili negaranya. Beliau hanya berpeluang mewakili negaranya hanya sekali sahaja.


Berapa banyak wang negara telah kita belanjakan untuk membangunkan bolasepak Malaysia? Lihat sahaja stadium bukit Jalil dan lain-lain. Prasarana negara berkenaan bolasepak sangat hebat. Tetapi hasilnya sangat mendukacitakan. Kita lihat bagaimana negara-negara Afrika dan Arab yang mana pemain-pemain mereka bertungkus-lumus mempromosikan diri mereka sendiri jika ada perlawanan antarbangsa. Lahirlah pemain -pemain seperti Mido (mesir), Yaya Toure (Ivory Coast), Kolou Toure (Ivory Coast), Adebayor (Togo), dan lain-lain. Mereka semua mempromosikan diri sendiri untuk keluar berhijrah ke luar negara. Bagaimana dengan pemain-pemain Malaysia? Adakah berbekalkan minda cukuplah apa yang ada, serta tidak mahu meninggalkan negara kerana masalah teman wanita, tunang dan sebagainya boleh membuatkan pemain-pemain kita boleh bersaing dengan pemain bertaraf dunia?

Saya fikir lupakan sahaja untuk Malaysia terus maju dalam bolasepak seandainya semua pemain, pegawai dan taraf liga tempatan masih taraf kekampungan. Fikir-fikirkan...

No comments:

Post a Comment