NUR HIDAYAH AKMAL

NUR HIDAYAH AKMAL
SEBELUM TENGOK BLOG NI NAK TANYA "DAH SEMAYANG KE BELUM"!? JOM KITA SEMAYANG DULUUU!!

BOYCOT ISRAEL PRODUCT

BOYCOT ISRAEL PRODUCT
ISRAEL IS ALWAYS AN EVIL AND ENEMY TO THE MUSLIM WORLD. START YOUR BOYCOT TODAY!!

ISRAEL PRODUCT

ISRAEL PRODUCT
PLEASE REMEMBER BY YOUR HEART. BOYCOT AS MANY AS YOU CAN. NOW AND FOREVER. DON'T GIVE MONEY TO THEM TO KILL MUSLIM.

MESSAGE FROM MODERATOR FOOTBALLBOLA FOR CLUBS AND FANS

TODAY, OUR BROTHERS, SISTERS AND OUR RELATIVES BEEN KILLED EVERYDAY IN PALESTINE. THERE ARE THOUSANDS OF INNOCENT PEOPLE, WHICH AMONG THEM WAS BABY, CHILDREN, WOMAN BEEN RAPED AND KILLED!!

WE, AS A MALAYSIAN FANS FOR EUROPE CLUBS (ARSENAL, MANCHESTER UNITED, LIVERPOOL, CHELSEA AND OTHERS) ARE STANDING UNITY AND URGING FOR ALL CLUBS NOT TO MAKE ANY RELATION WITH ISRAEL!!

WE WILL ALWAYS WATCH YOUR TEAM AND WE WILL BOYCOT YOU IF WE FOUND YOU ARE SUPPORTING ISRAEL. WE HOPE ALL MUSLIMS AROUND THE WORLD WILL DO THE SAME AS WHAT WE DID!!

WE LOVE OUR TEAMS AND CLUBS BUT WE LOVE ISLAM AND ALLAH MORE THAN THE OTHERS!!!


DERMALAH RM 1 ATAU LEBIH KE TABUNG PALESTIN.

ZAHIRUDIN SALEHUDDIN

ZAHIR THE GUNNERS

ZAHIR THE GUNNERS
PENYOKONG SETIA GUNNERS (WE WILL GUN DOWN EM ALL)

Khairul The RED DEVILS

Khairul The RED DEVILS
KETUA ANGKATAN M.U: PESANAN UNTUK PENYOKONG M.U : ' GLORY M.U, JOM LEPAK MAMAK TENGOK BOLA'!! KALAU M.U KALAH SAPA TUMPANG KETA AKU BALIK JALAN KAKI'!!

AMREY THE REDS (GAMBAR TANPA IKLAN ARAK)

AMREY THE REDS (GAMBAR TANPA IKLAN ARAK)
KETUA PENYOKONG LIVERPOOL: PESANAN ISTIMEWA AMREY BUAT PARA PENYOKONG LIVERPOOL "DON'T DRINK AND DRIVE".

Presiden Bolasepak Bukit Mahkota Tuan Jalil

Presiden Bolasepak Bukit Mahkota Tuan Jalil
Dengan ini saya merasmikan laman Blog Bukit Mahkota. Besarlah harapan saya untuk melihat kemajuan pembangunan bolasepak Bukit Mahkota dan seterusnya ke peringkat negara dan antarabangsa. (Ini semua ucapan moderator bagi pihak Presiden)

LATEST EPL RESULT

31.1.2008

Manchester United 1 - Everton 0

Arsenal 0 - West Ham 0

Liverpool 2 - Chelsea 0







Tuesday, December 30, 2008

Wira-Wira Malaysia Satu Ketika Dahulu

Azizol Abu Haniffah

Azizol Abu Haniffah merupakan bekas pemain bola sepak Malaysia yang pernah mewakili Perak FA di Liga Malaysia. Dia pernah mewakili skuad Malaysia yang memenangi pingat emas pada Sukan SEA 1989 dan merupakan pemain tengah paling kreatif yang pernah dilahirkan Malaysia.
Kerjayanya sebagai pemain bola sepak berakhir selepas terlibat dalam skandal mengatur permainan pada Liga Malaysia musim 1994. Dia kini memegang jawatan sebagai Pegawai Sukan dan jurulatih pasukan Perodua FC di Rawang, Selangor

_____________________________________________________________

Mokhtar Dahari

Dilahirkan di Setapak, Kuala Lumpur, Mokhtar mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Jalan Kuantan (1960-1965) dan Victoria Institution (1966-1970). Anak kepada Dahari Abeng dan Maimon Sadikin ini mula mewakili Selangor pada tahun 1971 pada Piala Burnley. Beliau juga Pernah menyertai beberapa kelab bola sepak antaranya Kelab Sultan Sulaiman, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Talasco, Kwong Yik Bank.
Beliau berkahwin dengan Tengku Zarina Tengku Ibrahim dan dikurniakan 3 orang anak iaitu Mohamad Redza, Nur Azera dan Nur Arina.
MULA WAKILI SELANGOR: Piala Burnley 1971
PIALA MALAYSIA: Wakili Selangor 1972
MULA WAKILI NEGARA: Pestabola Merdeka 1972
KALI TERAKHIR WAKILI NEGARA: Pra-Piala Dunia menentang Korea Selatan di Seoul 1985
KAPS: 167
GOL PIALA MALAYSIA: 177
GOL ANTARABANGSA: 125
JARINGAN TERBAIK: Gol penyamaan menentang England B pada 1978
PENCAPAIAN: Membantu Selangor memenangi Piala Malaysia 10 kali. Menang pingat gangsa Sukan Asia 1974 di Teheran
ANUGERAH: Olahragawan Kebangsaan 1976

[sunting] Penglibatan Dalam Bola Sepak
Allahyarham Mokhtar Dahari yang masih dikenang sehingga ke hari ini walaupun hayatnya sudah bersemadi hampir 17 tahun lalu.
Biarpun ramai generasi muda masa kini tidak begitu mengenali bintang negara itu, tapi hampir semua pasti pernah mendengar namanya - pemain dengan bakat semulajadi yang mengangkat imej Malaysia setaraf dengan jaguh bola sepak dunia. Paling ketara adalah dikancah Pestabola Merdeka yang menjadi gelanggang dia mempamer taring dan kehebatannya menembusi gawang lawan.
Pada usia 23 tahun, Mokhtar atau lebih terkenal dengan jolokan SuperMokh diiktiraf Majalah World Star Soccer sebagai penyerang terbaik Asia dan ketika itu jugalah dia dinobatkan sebagai Olahragawan Kebangsaan 1976.
Kelebihan dimiliki ‘Supermokh’ banyak dengan sepakan deras bak peluru menjadi elemen penting hinggakan tiga jari mendiang R Arumungam, bekas penjaga gol negara pernah patah ketika cuba menampannya. Itu belum dikira bijaknya penyerang ternama negara itu membaca gerakan lawan dan meloloskan diri.
Dengan 167 kaps antarabangsa, dia berjaya meletakkan Malaysia di kedudukan tertinggi pentas bola sepak Asia seterusnya mampu membuka mata dunia hingga kuasa bola sepak dunia. Skuad England B bimbingan Bobby Robson turut merasa bahangnya selepas diikat skuad negara 1-1 hasil jaringan menakjubkan Mokhtar.
Walaupun kelibat pemain istimewa seperti Mokhtar yang tiada galang gantinya sehingga kini sudah lama meninggalkan kita, bayangan kehebatannya tidak pernah padam apatah lagi apabila mengingati susah payah anak kelahiran Setapak, Kuala Lumpur itu mencipta nama walaupun dia memang sudah memiliki kurniaan yang tiada pada orang lain.
Mokhtar sangat gigih ketika latihan, sejak di bangku sekolah lagi dia yang menuntut di Victoria Institution tidak pernah jemu berlatih sehingga namanya sudah sebati dengan di skuad kebangsaan pun dia masih sama apabila terus mengawal bola sambil menggelecek tiang-tiang kecil sebelum melepaskan tendangan kencang ke gawang yang kosong untuk menajamkan kuasa pemusnah yang ada pada dirinya.
Malah dia tidak suka diganggu ketika latihan apatah lagi mengaitkan kemasyhuran dirinya di padang dengan kehidupan peribadi hingga menjadikan dia idola paling diminati.
Apapun kehilangan permata paling berharga bola sepak negara itu tidak seharusnya ditangisi sampai bila-bila dan generasi sekarang sepatutnya cuba menjadikannya sebagai motivasi meningkatkan diri supaya bola sepak negara kembali segar seperti sebelumnya.

_______________________________________________________________


Datuk Abdul Ghani Minhat

(Jawi: اﺑدﻭل ﻏﺍﻧﻲ ﻣﻳﻧﻫﺍت lahir pada 23 Disember 1953) merupakan bekas pemain bola sepak Malaysia yang pernah mewakili pasukan Piala Malaysia Selangor pada tahun 1950-an sehinggalah penghujung 1960-an. Beliau beraksi sebagai penyerang dan sayap ketika mewakili Selangor dan Malaysia. Beliau pernah dihantar FAM untuk menjalani sesi latihan di Eintracht Frankfurt, Jerman. Beliau digelar sebagai Raja Bola di atas kehebatannya di padang dan merupakan salah seorang lagenda bola sepak Malaysia.
Isi kandungan[sorok]
1 Kerjaya
2 Anugerah
2.1 Sebagai Pemain
2.2 Antarbangsa
2.3 Kebangsaan
2.4 Sebagai Jurulatih
2.5 Individu
3 Pautan Luar
//

[sunting] Kerjaya
Kerjaya Datuk Ghani Minhat bermula pada tahun 1945 di sekolah Princess Road (kini Sekolah Kebangsaan Raja Muda) ketika berusia 10 tahun. Ketika mewakili sekolah Princess Road, dia beraksi dengan berkaki ayam. Dua tahun selepas itu, Ghani mewakili Sekolah St John Kuala Lumpur. Pada tahun 1951, bakat beliau dilihat oleh beberapa orang pegawai polis yang kemudiannay menghadiahkan but pertama beliau.
Ketika berusia 17 tahun, beliau terpilih untuk beraksi bersama pasukan Depot Polis yang beraksi dalam Liga Selangor. Beliau beraksi di posisi sayap kiri walaupun berkaki kanan. Peluang ini digunakan beliau untuk menggilap kemahiran menyepak menggunakan kedua-dua belah kaki. Pada tahun 1955, Ghani Minhat terpilih untuk bersama skuad Selangor dan membantu Selangor memenangi Piala Malaysia pada tahun berikutnya buat kali pertama selepas 6 tahun setelah menewaskan Singapura 2-1.
Pada tahun 1956, Ghani beraksi buat kali pertama bersama Malaysia. Penampilan pertamanya bersama Malaysia sangat menakjubkan apabila menjaringkan tujuh gol ketika membantu Malaysia menewaskan Kemboja 9-2. Tahun berikutnya, beliau menjaringkan gol pertama skuad negara dalam kejohanan sulung Pestabola Merdeka hasil sepakan dari 40 meter menentang Vietnam dalam perlawanan yang berlangsung di Padang TPCA, Princess Road. Namun skuad negara pulang hampa apabila gagal membawa pulang piala Pestabola Merdeka. Kehampaan itu berjaya ditebus pada tahun 1958 apabila membantu skuad negara menjuarai Pestabola Merdeka menewaskan Hong Kong 2-1 dalam perlawanan akhir.
Ghani kemudian membantu skuad negara mengekalkan kejuaraan Pestabola Merdeka pada 1959. Beliau kemudian mendapat gelaran Raja Bola dari Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), gelaran yang kemudiannya digunakan oleh sesiapa sahaja merujuk kepada beliau. Beliau melengkapkan hatrik kejuaraan Pestabola Merdeka skuad negara setelah berkongsi kejuaraan bersama Korea Selatan pada 1960. Pada tahun ini juga, Ghani mencipta rekod jaringan yang kekal sehingga ke hari ini apabila menjaringkan 9 gol menentang Negeri Sembilan menjadikan jumlah jaringan beliau 34 gol dalam 9 perlawanan. Setahun selepas itu, Ghani bersama skuad negara meraih pingat emas Sukan SEAP di Rangoon, Burma (kini Myanmar). Dia juga membantu skuad negara memenangi pingat gangsa Sukan Asia 1962.
Pada tahun 1963, Ghani bersama skuad lagenda Merah Kuning (Selangor) menjaringkan 106 gol dalam hanya 15 perlawanan termasuk rekod jaringan bola sepak Malaysia yang kekal ke hari ini iaitu menang 18-0 menewaskan Terengganu (Rekod sebelumnya dipegang Kelantan yang menewaskan Pahang 16-1 pada 1962 hasil 8 jaringan Mohamad Che Su). Dia kemudiannya menjaringkan 4 gol dalam perlawanan akhir Piala Malaysia menewaskan Pulau Pinang 6-2.
Pada tahun 1967, Ghani membantu Selangor layak beraksi di perlawanan akhir Kejuaraan Kelab Asia tetapi tewas kepada kelab Israel Hapoel Tel Aviv dengan jaringan 2-1. Beliau Bersara dari bola sepak pada tahun 1968 setelah membantu Selangor buat kali kelapan dalam kariernya menjuarai Piala Malaysia. Tambah menarik Selangor berjaya membenam Pulau Pinang 8-1 dalam perlawanan akhir. Beliau menamatkan karier sebagai pemain dengan nota cemerlang apabila berjaya menjaringkan lebih 100 gol dalam peringkat kebangsaan dan negara.
Beliau kemudian dihantar ke Jepun oleh Persatuan Bolasepak Malaysia untuk menghadiri kursus kejurulatihan. Selepas itu, dia dilantik untuk menjadi jurulatih sementara skuad kebangsaan dalam satu kejohanan di Tokyo. Ghani menamatkan zaman bujangnya dengan Tengku Aishah Tengku Ibrahim dan dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Nik Abdul Halim, Nik Salwani, Nik Sarina dan Nik Mohd Hanif. Beliau kemudian menjadi jurulatih pasukan kesayangannya Selangor pada tahun 1970 dan pada 1971 beliau menjadi orang pertama yang menjuarai Piala Malaysia dalam dua gelanggang berbeza iaitu sebagai pemain dan jurulatih. Beliau sekali lagi membawa Selangor menjuarai Piala Malaysia menewaskan Perak 3-1 pada 1972. Beliau kemudian meletak jawatan sebagai jurulatih kerana ingin menumpukan perhatian dalam bidang perniagaan.
10 tahun kemudian, Ghani kembali menjadi jurulatih Selangor menggantikan Chow Kwai Lam namun hanya bertahan selama tiga musim selepas gagal membantu pasukan menjuarai Piala Malaysia pada musim 1985 meskipun berjaya membawa Selangor menjuarai Piala Malaysia menewaskan Pahang 3-1 pada musim 1984 dan kembali ke bidang perniagaan. Pada tahun 2004, beliau kembali menabur bakti kepada Selangor. Kali ini sebagai Penasihat Kejurulatihan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS). Beliau kemudian mengundurkan diri dari bola sepak Selangor dan beralih ke negeri kelahirannya sebagai Penasihat Kejurulatihan Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan.

[sunting] Anugerah

[sunting] Sebagai Pemain

[sunting] Antarbangsa
Juara Pesta Bola Merdeka 1958, 1959, 1960
Pingat Emas Sukan SEAP 1961
Pingat Gangsa Sukan Asia 1962
Tempat ke-2 Kejohanan Kelab Asia 1967

[sunting] Kebangsaan
Juara Piala Malaysia sebanyak 8 kali
Gelaran Raja Bola oleh Persatuan Bola Sepak Selangor

[sunting] Sebagai Jurulatih
Juara Piala Malaysia 1971, 1972, 1984

[sunting] Individu
Pingat DSSA, DIMP, AMN dan PJK


__________________________________________________________



R. Arumugam (31 Januari 1953 - 18 Disember 1988)


merupakan seorang pemain bola sepak legenda yang berasal dari Selangor. Beliau juga dikenali sebagai "Spiderman" kerana tangannya yang panjang dan kebolehannya menangkap cantik percubaan-percubaan pasukan lawan. Beliau telah dilahirkan pada 31 Januari 1953 di Pelabuhan Klang. Beliau telah memulakan kerjaya bola sepaknya daripada umur yang sangat muda. Beliau memulakan penampilannya dengan pasukan Selangor FA apabila berusia 18 tahun di dalam pertandingan Piala Remaja Burnley dalam tahun 1971. Beliau mewakili Selangor FA dalam pertandingan Piala Malaysia dari tahun 1972 hingga 1988, satu tempoh di mana Selangor FA telah memenangi Piala Malaysia sebanyak lapan kali.

[sunting] Pasukan kebangsaan
R. Arumugam telah mendapat panggilan daripada pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia dalam tahun 1973 pada pusingan kelayakan Piala Dunia di Seoul, Korea Selatan. Semasa zamannya bersama pasukan kebangsaan, beliau telah menolong Malaysia memenangi Pestabola Merdeka pada tahun 1973, 1974, 1976 dan 1979. Beliau juga mewakili Malaysia dalam tahun-tahun 1973, 1975, 1977, 1979, 1981, 1983 dan 1985 di dalam Sukan SEA. Kejayaan terbesar beliau dengan pasukan kebangsaan adalah pingat gangsa bagi Sukan Asia 1974 di Teheran, Iran. Beliau juga telah menolong Malaysia melayakkan diri ke Sukan Olimpik Moscow 1980 tetapi Malaysia telah membuat keputusan untuk memboikot sukan Olimpik berkenaan. R. Arumugam telah mendapat 196 kaps (bukan semua perlawanan antarabangsa bersifat kelas A) bagi Malaysia semasa zamannya bersama pasukan kebangsaan semenjak 1973 apabila beliau bersara daripada arena antarabangsa pada tahun 1986. Sasaran asalnya adalah untuk mendapat 200 kaps.
R.Arumugam telah memberikan sumbangan lebih besar daripada hanya bermain bola sepak. Dalam tahun 1983, beliau telah menubuhkan kelabnya sendiri, Starbrite SC, sebagai sebahagian daripada sumbangan peribadi kepada remaja-remaja di kawasan perumahannya.
Beliau telah terbunuh di dalam satu perlanggaran kereta di Lebuhraya Persekutuan berdekatan Petaling Jaya pada 18 Disember 1988. Beliau telah meninggalkan seorang isteri dan dua orang anak perempuan.
Sebagai pengiktirafan khidmatnya kepada negeri dan negara, Persatuan Bola Sepak Selangor dan Public Bank di mana Arumugam bekerja telah memulakan satu dana di atas nama R. Arumugam pada 5 Januari, 1989.

______________________________________________________

Hassan Sani

(lahir pada 12 Mac 1958) merupakan bekas pemain bola sepak Malaysia yang pernah bermain bersama Sabah FA dan Kuala Lumpur FA dalam kancah Liga Malaysia sekitar penghujung tahun 1970-an sehinggalah penhujung 1980-an. Dia merupakan bekas penyerang kebangsaan Malaysia yang digelar sebagai lipas kudung oleh peminat kerana merupakan pemain yang sangat pantas didalam skuad Malaysia.

[sunting] Kerjaya
Hassan memulakan karier bola sepaknya pada tahun 1974 bersama Sabah FA. Dia merupakan antara penyerang terbaik yang pernah dilahirkan pasukan negeri dibawah bayu itu selain James Wong. Kelincahannya beraksi dalam kancah Liga Malaysia mendatangkan gerun kepada pasukan lawan. Tambahan pula keserasiannya bersama James Wong yang juga penyerang kebangsaan menghasilkan banyak kejayaan hinggakan gandingan Hassan-James dikenal sebagai penyerang kembar selepas era Mokhtar Dahari dan Isa Bakar.
Pada tahun 1979, Hassan membantu Sabah untuk menjadi naib juara Liga Malaysia 1979 dan paling menarik Sabah menjadi pasukan yang paling banyak menjaringkan gol dalam Liga Malaysia ketika itu dengan 49 gol.[1]
Hassan mewakili Malaysia buat pertama kali ketika kejohanan Piala Presiden di Seoul, Korea Selatan. Ketika itu, dia masih menjadi pemain simpanan dan idolanya allahyarham Mokhtar Dahari bergandingan bersama Isa Bakar.
Kemuncak karier Hassan bersama pasukan kebangsaan Malaysia ialah ketika kelayakan Sukan Olimpik 1980 apabila membantu skuad kebangsaan layak beraksi di Sukan Olimpik. Detik manis ini tercipta apabila bola hantaran Khalid Ali tiba kepada Hassan. Hassan yang digelar lipas kudung membuat larian pantas dan terus membuat hantaran kepada James Wong untuk menghasilkan gol kemenangan Malaysia ke Korea Selatan dengan jaringan 2-1.
Walaubagaimanapun Malaysia tidak beraksi pada Sukan Olimpik 1980 kerana kerajaan Malaysia berkeras untuk membantah tindakan Soviet Union yang menceroboh Afghanistan. Hassan kemudiannya mengundurkan diri dari pentas antarabangsa pada tahun 1986.
Hassan kini masih bergiat aktif dalam bola sepak dan bermain dalam saingan liga di Labuan mewakili Kompleks FC. Dia kini bekerja sebagai Kelasi/Jurumudi Labuan di Jabatan Pelabuhan & Dermaga Sabah.[2]

No comments:

Post a Comment