Petang tadi telah diadakan perlawanan latihan. Disebabkan semakin ramai pemain bertaraf professional menyertai pasukan kita maka bertambah makmur nampaknya perniagaan Tuan punya Futsal di Nilai tadi.
Perlawanan tadi berlangsung dalam keadaan aman dan damai. Inilah dia kerukunan dalam bukit mahkota seksyen 6. apatah lagi kelibat Pengerusi Persatuan Penduduk yang hadir setiap kali perlawanan diadakan.
Begitupun kita masih menunggu pemain MU yang tak berapa hebat iaitu Chef Azmir yang belum lagi balik dari mengerjakan haji. semoga hajinya Mabrur. Namun begitu pemain MU dari Scotland baru sahaja balik dan jumaat lepas moderator telah pergi menemani beliau melihat perlawanan bolasepak di Mamak Seri Putra. Beliau tak lain tak bukan saudara Sidi. Sayangnya beliau terlupa nak beli Baju Arsenal untuk moderator.
Syabas Semua!!
No comments:
Post a Comment